SAJAK KUDUP PERANG
RANGKAP | SAJAK | MAKSUD | PERSOALAN | NILAI | PENGAJARAN |
Rangkap 1 | Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman � sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya; siapakah pahlawan yang asli? | Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati. | Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan | Keadilan | Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman |
Rangkap 2 | Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara � perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? | Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. | Kekeliruan dalam menyanjung pemimpin sebenar | Rasional | Kita mestilah biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah organisasi |
Rangkap 3 | Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota | Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota. | Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat | Keberanian | Kita hendaklah berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang salah |
Rangkap 4 | Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersirat � nun, karam di lautan kesumat sedang warga memanggilnya keramat | Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar. | | keadilan | |
Rangkap 5 | Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia � seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. | Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar. | Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin Peperangan membawa kesengsaraan hidup | Keinsafan | Kita mestilah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan Kita hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna |
Rangkap 6 | Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya. | Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi | | | |
Nada : Patriotik
Gaya Bahasa :
1. Simile � seperti perawan
2. Metafora � peta keadilan, putik dendam
3. Hiperbola � daerah angkara, selumbar sengsara
4. Sinkof � namamu
5. Inversi � sesekali turut direntakan daki pendusta
Thanks for reading SAJAK TINGKATAN 5 : KUDUP PERANG.