DRAMA BUKAN GILA:
A. SINOPSIS:
ADEGAN I
A. SINOPSIS:
ADEGAN I
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.
ADEGAN II
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.
ADEGAN III
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.
ADEGAN IV
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia jugamenggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibubapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.
ADEGAN V
Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan
ADEGAN VI
Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir
2.0 PEMIKIRAN/ TEMA:
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh mempengaruhi tindakan/cara hidup.
3.0 PERSOALAN
1. Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling. - Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.
2. Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan
3. Rencah kehidupan
Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.
4. Dunia ini ibarat pentas lakonan. Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak
5. Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.
6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.
7. Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.
Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk
mengetahui latar belakang hidup Amir
8. Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .
Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
memicit-micit kepalanyA
D. PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, WATAK, LATAR MASYARAKAT
PERISTIWA | PERSOALAN | PERWATAKAN | LATAR MASYARAKAT | NILAI | PENGAJARAN |
Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya | Ketabahan seorang pesakit melawan penyakit | Seorang yang tabah | Masyarakat yang tabah | ketabahan | Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup |
Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya. | Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya | Seorang yang menghargaijasa | Masyarakat yang menghargai jasa | Mengenang jasa bertanggungjawab | Kita hendaklah mengenang jasa orang lain |
Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan negara. | Penghargaan terhadap insan yang berjasa | Seorang yang menghargai jasa | Masyarakat yang menghargai jasa | Mengenang jasa | Kita hendaklah mengenang jasa orang lain |
Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak | Kesetiaan seseorang terhadap kekasih | Seorang yang setia | Masyarakat yang setia | Kesetiaan | Kita hendaklah setia kepada seseorang |
Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya | Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah | Seorang yang prihatin | Masyarakat yang prihatin | Mengambil berat | Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain |
Kiss and say goodbye/ (Manhattan) 1977
Thanks for reading DRAMA TINGKATAN 5 : BUKAN GILA