Assalam & Salam Sejahtera 5A1 & 5A2 Mutiara....
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
A. SINOPSIS:
(Tajuk latar masyarakat, plot, bahasa - sila buat rujukan sendiri bersama kumpulan anda)
Sejarah Tun Perak
Drama Tun Perak
A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
- Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi.
- Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki dari Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka supaya mereka berperang dengan bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan strategi - Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin akan membinasakan negara - Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh - Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran - Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.
D. WATAK DAN PERWATAKAN:
1. Tun Perak:
- pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang Melaka.
- berpengaruh - beliau mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika bersengkita dengan Seri Nara diraja.
2. Sultan Muzaffar Syah:
- mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka.
- perihatin - meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah pakaian persalinan.
- bijaksana - mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan.
E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
- Siam - tempat tinggal Paduka Babunnya.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah - Sultan Muzaffar memerintah Melaka selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri yang makmur.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
6. Pengorbanan - Sultan Muzaffar berkorban menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
G. PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............
2. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk mendapat kemenangan. Contohnya...........
3. Kita mestilah ikhlas apabila melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya ..............
4. Kita mestilah sanggup bekeorab demi mendapatkan kebaikan. Contohnya, Sultan Muzaffar...........
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju. Contohnya, ...............
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita. Contohnya, Sultan Muzaffar ..................................
(Tajuk latar masyarakat, plot, bahasa - sila buat rujukan sendiri bersama kumpulan anda)
Thanks for reading PROSA TRADISIONAL: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA