Assalam & Salam Sejahtera Mutiara
Gurindam: Beberapa Petua Hidup
Gurindam: Beberapa Petua Hidup
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberi berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. |
Fikir dulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. |
Perkata tajam jangan dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. |
Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya yang besar. |
Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita. |
Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. |
Ilmu Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. |
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. |
Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. |
Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. |
Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. |
Sifat-sifat yang Baik Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang bagai bunga di taman. |
Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. |
Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. |
Perbuatan yang Baik Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. |
Menolong sesama wajib dan perlu, Tapi tolonglah dirimu dahulu |
Sifat-sifat Jahat Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. |
Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi khianat. |
1. Apakah maksud perenggan kedua dalam gurindam di atas? [2 markah]
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata kepada orang lain? [3 markah]
3. Huraikan dua nilai yang terkandung dalam gurindam di atas. [4 markah]
4. Berdasarkan gurindam di atas, jelaskan empat sifat yang perlu diamalkan oleh seseorang bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. [4 markah]
5. Bincangkan dua pengajaran yang dapat diambil daripada gurindam tersebut. [4 markah]
6. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu diutamakan oleh seseorang untuk mencari seseorang sahabat? [4 markah]
7. Berdasarkan gurindam di atas, apakah perkara-perkara yang menyebabkan keadaan masyarakat menjadi tidak harmoni? [3 markah]
8. Beri maksud rangkap kedua belas gurindam di atas. [2 markah]
Nothing Gonna Change My Love For You
Thanks for reading KEFAHAMAN: GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP