14 Ciptaan Hebat Jepun Yang Patut Ada Di Seluruh Dunia

jepun 10031
Jepun adalah sebuah negara maju yang yang mempunyai rakyat yang  sangat rajin dan komited. Mereka juga hidup dalam budaya yang sangat menarik dan lain daripada yang lain. Rakyatnya juga sememangnya amat kreatif, berfikir di luar kotak. Mereka yang sangat berdaya cipta suka menghasilkan sesuatu membuatkan anda tidak akan dapat melihat beberapa hasil buah fikiran mereka di negara lain.
negara matahari terbit
Kami ingin kongsikan benda dihasilkan di Jepun yang sangat pintar dan sepatutnya ada di setiap negara.

1. Penyembur penyejuk


penyembur penyejuk
Malaysia perlukan penyembur ini! Ketika negara-negara lain yang mengalami cuaca panas mencari-cari kipas dan pendingin hawa, orang Jepun menggunakan ciptaan menarik ini untuk menyejukkan badan mereka ketika musim panas. Gel ini boleh memberikan sensasi nyaman apabila disapukan ke atas kulit, dan boleh bertahan berjam-jam lamanya.

2. Mesin layan diri luar biasa


mesin layan diri serba guna
Bagi orang Jepun, masa itu lebih berharga daripada emas. Masa adalah segala-galanya. Buktinya adalah penghasilan mesin layan diri ini yang bukan sahaja menjual keropok kentang dan coklat, malah juga ada kentang goreng, telur rebus, makanan haiwan, dan juga pasta. Dengan ini anda tak perlu bazirkan masa singgah di kedai makan atau beratur panjang hanya untuk dapatkan makanan. Kreatif sangat!

3. Parkir bertingkat


parkir bertngkat
Dengan penduduk seramai 127 juta orang, adalah amat penting untuk mereka menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jiga ia melibatkan kenderaan. Salah satu cara untuk memaksimakan penggunaan ruang adalah dengan menggunakan cara unik ini, ruang parkir dua tingkat. Anda pun tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk mencari parkir pada hujung minggu.

4. Minuman orang cacat penglihatan


minuman bertaip braille
Bagi mereka yang normal, tiada masalah untuk membeli minuman. Namun bagi mereka yang mengalami cacat penglihatan, sudah tentu menjadi masalah jika mereka hendak membeli minuman yang mereka mahu. Jadi orang Jepun memikirkan tentang perkara ini, dan menyelesaikannya. Sebab itu anda tak akan jumpa minuman tin yang tiada tulisan braille di permukaan atas minuman tersebut.

5. Kerusi mempunyai penyangkut beg


kerusi penyangkut beg
Sangat ringkas, namun amat berguna. Biasanya jika anda makan di food court atau restoran, anda akan menghadapi masalah untuk meletakkan beg terutamanya wanita. Kadang-kadang, disebabkan oleh tiada tempat meletakkan beg, anda terpaksa meletakkannya di atas riba atau di atas lantai. Jepun telah menyelesaikan masalah ini dengan mencipta kerusi yang mempunyai penyangkut beg ini. Sangat pintar.

6. Spa kaki di dalam tren


spa kaki
Sudah tentu anda tak akan dapat menjumpai perkara seperti ini di mana-mana! Anda boleh mendapatkan tiket untuk tren pinggir bandar yang dilengkapi dengan air panas untuk merendam kaki anda yang boleh membantu mengurangkan tekanan harian dan juga berehat ketika berulang-alik kerja.

7. Tandas pelbagai fungsi


tandas serba guna
Tandas di Jepun dah nampak seperti Transformers. Ia boleh memberikan servis lebih daripada kebiasaan. Boleh kata berkemampuan melakukan apa saja. Daripada membantu mereka yang kurang upaya, mencuci tandas sendiri hinggalah ke menghangatkan secara automatik. Seolah-olah perkara yang ia tidak dapat lakukan adalah menyediakan sarapan untuk anda! Mungkin rakyat Jepun sedang mereka cipta untuk fungsi itu pula!

8. Tisu diberi percuma di jalanan

Ini menarik. Bila orang selalu cakap, "Mana ada benda percuma dalam dunia ni, pergi tandas pun kena 20 sen!,". Tapi tidak di Jepun. Menakjubkan apabila budaya mereka yang memberikan tisu atau sapu tangan secara percuma! Itu cara mereka di Jepun. 

9. Stesen minyak yang unik

pam minyak unik 10077

Seperti negara kita, pam minyak dibina tegak di atas permukaan tanah, lain pula ceritanya di Jepun. Di Jepun, pamnya dibina di atas bumbung, dan paip yang menghubungkan minyak petrol dan pamnya tergantung. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan ruang malah dapat menyelesaikan masalah paip tidak sampai ke tangki minyak, jika anda tersalah masuk pam.

10. "Poppers" untuk mengurangkan tekananpopper penghilang tekanan


Jepun antara negara yang terkenal dengan rakyatnya yang rajin bekerja hingga mengalami tekanan. Jadi, mereka cuba untuk membantu masalah ini. Caranya? Mudah. Mereka mencipta apa yang dipanggil "Poppers" pada gegelang kunci. Anda boleh memicit poppers ini dan apa yang mengagumkan adalah, ia benar-benar boleh mengurangkan tekanan dengan kadar segera.

11. Pintu teksi automatik


pintu teksi automatik
Bukti kukuh yang menunjukkan rakyat Jepun amat menyukai perkara automatik. Sehinggakan boleh dikatakan majoriti teksi di Jepun dilengkapi dengan pintu automatik. Ini memudahkan anda keluar masuk.

12. Sistem pembesar suara


sistem pembesar suara di seluruh negara
Di Jepun, terdapat sistem pembesar suara yang menjangkaui di seluruh negara. Ia selalunya digunakan untuk memberikan amaran mengenai kecemasan seperti gempa bumi dan tsunami. Namun apabila keadaan tenang, mereka akan memainkan muzik untuk orang awam, dan juga memberi pengumuman kepada kanak-kanak untuk pulang ke rumah pada waktu petang selepas bermain.

13. Sistem parkir basikal automatik


sistem parkir basikal bawah tanah
Ramai orang Jepun berulang alik menggunakan basikal, yang membuatkan kesesakan dalam hal parkir basikal. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa menghasilkan sistem parkir basikal bawah tanah. Mudah sahaja. Anda hanya perlu meletakkan basikal anda di atas landasan, leretkan kad dan tunggu pintu terbuka. Ia akan memarkir basikal anda secara automatik, dan apabila anda perlukan kembali basikal anda, leretkan kad sekali lagi, dan basikal anda akan muncul! Canggih bukan? 

14. Peluang untuk tidur di tempat kerja


inemuri tidur semasa kerja
Ini yang membuatkan ramai orang akan cemburu dengan rakyat Jepun. Mereka membuat keputusan bahawa perkara ini tidak perlu lagi dibahaskan dan meluluskan agar semua pekerja berhak mendapat waktu tidur di tempat kerja. Dipanggil "inemuri", yang bermaksud "tidur ketika hadir". Kelebihan ini membolehkan mereka tidur di tempat kerja di sebelah bos anda. Bunyi macam kelakar, tetapi benar.



Thanks for reading 14 Ciptaan Hebat Jepun Yang Patut Ada Di Seluruh Dunia

Postingan terkait: