1.AQUARIUM AND MARINE MUSEUM Tempat menarik ini terletak di Universiti Malaysia Sabah.Semasa anda melawat tempat ini anda akan melihat banyak pameran-pameran yang sangat menarik perhatian kita contohnya,banyak ikan-ikan kecil dan besar yang cantik malah ada juga ikan sungai yang dipelihara di sana.selain itu,ada juga bangkai ikan lumba-lumba yang diawet untuk dijadikan pameran kepada pengunjung.bukan itu sahaja yang menarik,malah perkara yang paling menarik hati pengunjung ialah adanya tengkorak ikan paus.semasa anda melawat di sini boleh lah ambil gambar untuk dijadikan kenangan hihii..
2.IMAGO SHOPING CENTRE
Imago shoping centre ini merupakan salah satu tempat yang terbesar di KK.Selain itu tempat ini juga mempunyai pelbagai jenis barangan yang boleh di beli.seterusnya,jika anda mahu pergi ke sini jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis makanan tempatan.
3.SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM
Ahh disini la tempat yang terbaik untuk melihat seluruh bandar kk.Masa yang paling sesuai untuk pergi ke sini ialah pada waktu pagi ataupun petang.hal ini kerana pada waktu ini cuaca akan lebih sejuk berbanding pada waktu tengah hari.Jika anda mahu pergi ke sini anda boleh saja berjalan kaki ataupun mahu cara yang lebih cepat sampai anda boleh naik teksi.Sebab utama ramai masyarakat pergi ke tempat ini ialah ingin melihat panorama bandar Kota Kinabalu,laut dan menunggu sunset yang cantik.
4.PANTAI TANJUNG ARU
Pantai tanjung Aru ini terletak jauh sedikit dengan bandar kk ianya terletak 6 kilometer daripada bandar KK.Masa yang paling best untuk pergi ke sini ialah pada waktu petang.Anda boleh melawat ke sini bersama dengan keluarga mahupun rakan-rakan.Sambil beborak dengan kluarga or rakan-rakan bolehlah tengok matahari terbenam(sunset)yang cantik.hal ini mampu menghilangkan rasa stress anda.
5.BORNEO TRADING CENTRE
Tempat ini juga merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.Hal ini kerana tempat ini merupakan pusat utama pembelian cendra hati yang unik,anda boleh la membeli cendra hati di sini sama ada untuk keluaraga mahupun kwan-kawan..
Ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi di KK tetapi saya hanya mampu memberikan 5 tempat menarik hihii...panat tangan menaip bah haha.
Thanks for reading 5 tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kota Kinabalu Sabah