ULASAN TIRANI:
TEMA, PERSOALAN, WATAK, NILAI DAN PENGAJARAN
TEMA, PERSOALAN, WATAK, NILAI DAN PENGAJARAN
HURAIAN & PERISTIWA | PERSOALAN | NILAI | PENGAJARAN | LATAR MASYARAKAT | PERWATAKAN |
� Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain. � Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan. � Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari. | Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan. | Nilai Kegigihan | Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan | Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan. | Seorang yang gigih - Waheeda |
HURAIAN & PERISTIWA | PERSOALAN | NILAI | PENGAJARAN | LATAR MASYARAKAT | PERWATAKAN |
� Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. � Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L. � Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda. � Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya. | Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungan Persoalan kasih sayang seorang isteri terhadap suami Persoalan Kasih sayang ibu mentua kepada menantu Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibunya. | Nilai kasih sayang | Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga. | Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan | Seorang yang penyayang: -Raidah - Datin Hazirah -Waheeda - Izzati |
� Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. | Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan. | Nilai Keberanian | Kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. | Masyarakat yang berani mengambil risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. | Seorang yang berani: - Waheeda Nurlyana |
� Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur) � Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka. � Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau. | Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah | Nilai Kebijaksanaan | Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi. | Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah. | Seorang yang bijak bertindak: - Waheeda Nurlyana - Pak Cik Aziz |
� Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam. � Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas | Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan | Nilai Ketegasan | Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan. | Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan. | Seorang yang tegas : - Waheeda Nurlyana |
� Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid. � Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran. | Persoalan ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga | Nilai Ketabahan | Kita hendaklah tabah berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seharian. | Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga | Seorang yang tabah : - Waheeda Nurlyana |
� Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka. | Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan. | Nilai kesabaran | Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang. | Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan tanpa usul periksa. | Seorang yang sabar : - Waheeda Nurlyana |
� Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya �Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak. � Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka. � Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel. | Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa. | Nilai Menghargai | Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman. | Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa. | Seorang yang mengahragai budaya dan warisan bangsa: - Waheeda Nurlyana - Raidah - Izzati |
� Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati. | Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru. | Nilai Keinsafan | Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan. | Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu. | Seseorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan: - Zahid |
� Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua. � Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. � Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo | Persoalan hubungan persahabatan yang erat dan utuh. | Nilai Setiakawan | Kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan. | Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan. | Seorang yang menghargai hubungan persahabatan : - Waheeda Nurlyana - Bazilah - Nasuha - Nurjihan |
� Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya. | Persoalan bersyukur atas ciptaan tuhan | Nilai Bersyukur | Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri. | Masyarakat yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan. | Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan: - Waheeda Nurlyana |
Thanks for reading TIRANI - TEMA, PERSOALAN, WATAK, NILAI DAN PENGAJARAN