SINOPSIS NOVEL TIRANI BAB 11 HINGGA 24
BAB 11: Rumah Orang Sebelah
BAB 12: Bidadari Dari Langit
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13: Mati Hidup Semula
BAB 14: Bagaikan Puteri
BAB 16: Mimpi Lain-lain
BAB 17: Konflik
BAB 18: Dilanda Nostalgia
BAB 19: Bagaikan Bongkah Batu
BAB 11: Rumah Orang Sebelah
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan datang merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12: Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
BAB 13: Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: Hidup Ranggi
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17: Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba� dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
BAB 19: Bagaikan Bongkah Batu
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid datang, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
[ bersambung]
One call away
Thanks for reading NOVEL TIRANI: SINOPSIS BAB 11 - 19