LATIHAN KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

ASSALAM & SELAMAT SEJAHTERA MURID-MURID 5A1 & 5A2 SMK SERI MUTIARA.


Cara menggunakan internet secara bijak

Tips bijak menggunakan internet

TAJUK : MEMBINA KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

Soalan:
Anda telah menerima surat daripada seorang rakan pena anda yang tinggal di luar negara. Rakan anda ingin mengetahui pendapat anda tentang cara-cara menggunakan kemudahan teknologi maklumat supaya mendatangkan faedah kepada penggunanya. Tulis surat kepada rakan anda itu untuk menerangkannya cara-cara menggunakan teknologi maklumat dengan baik. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 500 patah perkataan.

(Jangan lupa format yang dipelajari. Letakkan format tersebut pada surat yang akan dihasilkan)

Pengenalan:
- dewasa ini - penggunaan ICT semakin meluas
- digunakan dalam semua bidang kehidupan
- ICT bermaksud - teknologi pemprosesan data & maklumat. Menggunakan perisian untuk menyimpan, mengubah, melihat, memindah maklumat dan sebagainya.
- Menurut PM (?), ICT penggunaan semakin meluas pada peringkat global - tidak menguasai akan ketinggalan.
- Bagaimana cara menggunakan ICT dgn bijak. Tepuk dada tanya selera.

Cara pertama:
- langit terbuka - pelbagai maklumat didapati - harus bijak memilih maklumat yg betul.
- maklumat yg salah - memberi kesan negatif
- cth - banyak maklumat penipuan internet - satu jenayah siber
- mesti merujuk orang lain - memastikan maklumat tepat/ sahih
- jangan melulu mempercayai maklumat - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
- Jadi - pengguna bijak - memilih maklumat dengan berhati2

Cara kedua:
- menggunakan/ menyampaikan maklumat secara berhemah.
- menjauhi perbuatan memfitnah/ mengadu domba pihak lain
- Cth: tidak boleh memburuk2 orang lain/ memfitnah pemimpin
- kerajaan menubuhkan SKMM - mengambil tindakan pesalah multimedia
- pesalah - dikenakan denda atau penjara
- menggunakan dengan bersopan - menyampaikan maklumat tepat

Cara ketiga:
- menggunakan ICT secara bersederhana - tidak membazir waktu
- ada yg menggunakan berjam2 - Rakyat Malaysia membazirkan 9 jam sehari
- cth: pelajar berkunjung kafe siber - sanggup ponteng sekolah - bermain permainan atas talian
- menjejaskan masa berkualiti pengguna - ketagih ICT - memberi natijah buruk
- melalaikan masa lain untuk belajar / berkomunikasi/ bersama keluarga
- maka - perlu bijak membahagikan masa untuk menggunakan ICT

Cara keempat:
- pengguna bijak - menjauhi laman2 web berunsur lucah dan ganas
- mendatangkan kesan negatif - meningkatkan masalah sosial remaja
- Cthnya: melalaikan pengguna - meningkatkan jenayah keganasan/ rogol dll
- ibu bapa - mengawasi anak2 semaca menggunakan ICT - memberi panduan cara menggunakan dgn betul
- jelasnya - mesti menjauhi laman web bersifat negatif - sebelum nasi menjadi bubur

Cara kelima:
- bijak menggunakan ICT untuk meraih keuntungan
- Cth: menggunakan ICT - berniaga secara online
- banyak barang2 secara online - pakaian, makanan dll - menambah pendapatan pengguna
- pelajar - menggunakan ICT - bertukar2 pendapat - seluruh dunia
- meningkat pengetahuan - tidak spt katak bawah tempurung
- justeru - menggunakan ICT - memberi faedah kpd diri

Penutup:
- ICT banyak memberi kebaikan
- Cthnya - mendapatkan pengetahuan, mengisi masa lapang, mendapatkan maklimat dll
- harus bijak menggunakan ICT - supaya mengelakkan kesan tidak baik
- peranan ibu bapa sgt ptg - anak tidak terdedah budaya kuning - langit terbuka
- pengguna - dididik untuk menggunakan ICT secara berhemah

Penutup Surat
         
 Saudara AAAA,
                  Sampai di sini sahaja bingkisan saya pada kali ini. Saya berharap agar perkara yang saya terangkan tadi dapat memberi maklumat kepada saudara. Semoga berjumpa lagi pada masa yang lain. Jangan lupa, sampaikan salam saya kepada keluarga saudara di sana.

                   Sekian, terima kasih.



                                                                                                                Sahabatmu,

                                                                                                                   AhCong





Thanks for reading LATIHAN KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

Postingan terkait: