KATA ADJEKTIF

Assalam & Salam sejahtera Mutiara...

KATA ADJEKTIF

1. MAKSUD :
Kata sdjektif ialah perkataan yang menunjukkan atau menerangkan �sifat� bagi sesuatu perkara.

2. JENIS KATA ADJEKTIF:
i. Kata adjektif untuk manusia : berani, gemuk, garang, cantik
ii. Kata adjektif untuk binatang : liar, comel, garang
iii. Kata adjektif untuk benda : mahal, besar, laju, tebal
iv. Kata adjektif untuk perkara : penting, adil, tinggi
v. Kata adjektif untuk masa : siang, pagi, malam, subuh
vi. Kata adjektif untuk warna : hitam, terang, malap, suram

3. KAITANNYA DENGAN KATA PENGUAT:
a. �Kata penguat� digunakan untuk mengukuhkan sesuatu sifat bagi sesuatu perkara.
b. Contoh : sangat cantik, begitu berani, kejam betul, mahal sekali.
c. Jenis kata penguat:
i. Penguat hadapan : kata penguat yang hanya boleh digunakan di hadapan kata
adjektif.
Contoh : terlalu, paling, begitu
ii. Penguat belakang : kata penguat yang hanya boleh diletakkan di belakang kata
adjektif.
Contoh : sekali, benar, betul
iii. Penguat bebas : kata penguat yang boleh diletakkan di hadapan atau di
belakang kata adjektif.
Contoh : sangat, amat, sungguh

4. APAKAH KATA EDJEKTIF EMOSI (PERASAAN)?
a. Kata adjektif emosi ialah sifat dalaman yang melibatkan �perasaan�.
b. Contoh : marah, sayang, kasih, cinta, rindu, bimbang, risau, cemas


5. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF:

i. Satu kata adjektif hanya boleh ada satu kata penguat sahaja. (gunakan salah satu sahaja)
Salah:-Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang.
-Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi saya ialah kereta. (suka Honda? Klik)
Betul:
-Sungai yang paling panjang di sini ialah Sungai Pahang.
-Sungai yang panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang
-Hadiah yang terlalu bernilai bagi saya ialah kereta.
-Hadiah yang bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.

ii. (kekecualian) Kata penguat bebas sahaja boleh digunakan dua untuk satu kata adjektif. (iaitu �sangat, amat dan sungguh� di hadapan; serta �sekali� di belakang)
Betul:-Makanan itu sungguh murah sekali harganya.
-Kereta itu amat mahal sekali harganya.
-Guru itu sangat rajin sekali membantu kami

iii. Kata adjektif berimbuhan �ter�.� tidak boleh diletakkan kata penguat. (kecuali untuk perkataan �terkenal�)
Salah:
-Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada saya.
Betul:
-Rumah yang terbesar ialah rumah Abu Bakar.
-Rumah yang besar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah terbesar kepada saya.
-Kejayaan itu adalah sangat besar kepada saya.

iv. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan �kata hubung� atau �kata sendi� jika hendak dipanjangkan. (�akan, kepada, dengan� dan lain-lain)

Salah:-Ali sangat rindu ibunya di desa.
-Kami terlalu marah sikap pemalunya itu.
Betul:
-Ali sangat rindu akan ibunya di desa.
-Kami terlalu marah dengan sikap pemalunya itu.

v. Kata adjektif emosi tidak boleh berakhiran dengan �kan�.
Salah:-Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayangkan kakak sulungnya.
Betul:
-Dia amat marah akan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayang akan kakak sulungnya.
.
vi. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata penguat tidak boleh digunakan.
Salah:
-Rumah di situ besar-besar sekali.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi.
Betul:
-Rumah di situ besar-besar.
-Rumah di situ besar sekali.
-Pokok kelapa itu tinggi-tinggi.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi.

vii. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata nama yang bersangkutan dengan kata adjektif itu tidak boleh digandakan juga. (pilih salah satu sahaja digandakan)
Salah:-Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
Betul:
-Anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Anak-anak Encik Rajoo pandai semuanya.
-Ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah harganya.

viii. Kata adjektif yang berimbuhan �ter�� tidak boleh dijadikan �pradikat tunggal� atau �pradikat yang pertama�. (tambahkan �lah yang� atau gunakan kata penguat)
Salah:
-Pelajar itu terpandai.
-Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga.
Betul:

-Pelajar itulah yang terpandai.
-Pelajar itu paling pandai.
-Pelajar itulah yang terpandai di tingkatan tiga.
-Pelajar itu paling pandai di tingkatan tiga.


LATIHAN:

Betulkan semula kesalahan yang terdapat di dalam ayat yang diberi di bawah.

1. Dalam ujian akhir semester,Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelasnya.
2. Di antara semua pemain bola sepak dunia, Ronaldolah pemain yang paling terhandal di dunia.
3. Gunung Everest itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia yang menjadi tarikan pendaki.
4. Budak lelaki yang duduk di hujung bangunan itu tidak suka durian.
5. Mis Nora sangat takut anjing yang banyak berkeliaran di kawasan perumahan itu.
6. Ibu Syakila sangat gemar filem Hindustan.





Thanks for reading KATA ADJEKTIF

Postingan terkait: