Selamat pagi Mutiara....
JENIS PENGENALAN KARANGAN BAHASA MELAYU:
1. PENDAHULUAN JENIS DEFINISI �
- memberikan takrif � makna � definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
2. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
- menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
3. PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
- menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
4. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
5. PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
6. PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
7. PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
JENIS PENGENALAN KARANGAN BAHASA MELAYU:
1. PENDAHULUAN JENIS DEFINISI �
- memberikan takrif � makna � definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
- menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.
3. PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
- menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
5. PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu � ringan sama dijinjing, berat sama dipikul� dan �seperti aur dengan tebing� amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
6. PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
7. PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?
LATIHAN BERKUMPULAN:
Soalan:
Rumah terbuka sering diamalkan oleh semua masyarakat yang terdapat di negara kita tanpa mengira kaum dan agama. Rumah terbuka ini selalunya dijalankan pada musim perayaan. Bincangkan apakah kebaikan mengadakan rumah terbuka.
Berdasarkan soalan di atas, buat satu pengenalan yang sesuai untuk menghasilkan karangan tersebut. Pengenalan tersebut perlulah lebih daripada 6 ayat.
Kumpulan 1 : Pengenalan jenis definisi
Kumpulan 2 : Pengenalan jenis pendapat
Kumpulan 3 : Pengenalan jenis suasana
Kumpulan 4 : Pengenalan jenis persoalan
Kumpulan 5 : Pengenalan bentuk sejarah
Kumpulan 6 : Pengenalan bandingan dulu dan sekarang
Kumpulan 7 : Pengenalan bentuk cerita
Kumpulan 8 : Pengenalan jenis gabungan
Kumpulan 9 : Pengenalan jenis definisi
Kumpulan 10 : Pengenalan jenis pendapat
Kumpulan 11 : Pengenalan jenis persoalan
Kumpulan 12 : Pengenalan jenis gabungan
Thanks for reading JENIS-JENIS PENGENALAN/ PENDAHULUAN KARANGAN: