10 Bandar Terbersih Di Dunia

10. Oslo,Norway (Jumlah penduduk - 647,676)


Ibu negara Norway ini merupakan bandar ke-10 terbersih di dunia. Terletak di tengah-tengah Eropah, bandar ini juga merupakan salah satu bandar yang paling mahal di dunia. Oslo mempunyai pelbagai alam semula jadi seperti taman laut, hutan simpan dan landskap  penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang menyumbang kepada suasana bersih dibandar ini. Kerajaan di sana mempunyai dasar yang ketat terhadap pengurusan sampah dan semua orang  mematuhinya.Oslo juga dinamakan bandar hijau di dunia oleh Readers Digest pada tahun 2007.

9. Stockholm,Sweden (Jumlah penduduk – 917,297)
 

Stockholm adalah bandar paling bersih di Sweden dan antara bandar paling bersih di dunia 2015. Ia merupakan ibu negara Sweden. Sebab utama mengapa Stockholm mempunyai persekitaran yang bersih adalah kerana sistem pengangkutan yang mesra alam dan jumlah perindustrian yang kurang di bandar ini. Juga,sistem pengangkutan bagi awam yang cekap sehinggakan orang ramai lebih gemar untuk menggunakannya daripada menggunakan kenderaan sendiri. Ini secara langsung mengurangkan penggunaan bahan api sekaligus menyediakan persekitaran yang bersih. Stockholm juga mempunyai sistem pengurusan sampah yang baik. Sampah dikutip dari rumah melalui rangkaian terowong bawah tanah terus dihantar ke tapak pelupusan sampah. Menurut satu kajian, Sweden mengitar semula 99% daripada sisa dan baki 1% dikebumikan di tapak pelupusan.

8. Vienna,Austria (Jumlah penduduk – 1,812,604)


Vienna juga dikenali sebagai bandar terbaik di dunia kerana ia mempunyai persekitaran yang bersih dan kurang pencemaran . Vienna, ibu negara Austria, mempunyai sistem janakuasa dari sisa buangan yang cekap dan efisien. Sistem pengangkutan awam yang cekap juga membantu dalam mengurangkan pencemaran. Orang ramai juga prihatin dan tidak membuang sampah sesuka hati . Walaupun dengan kepadatan penduduk seramai 1.8 juta, Vienna kekal sebagai salah satu bandar paling bersih di dunia pada tahun 2015.

7. Kobe,Jepun (Jumlah penduduk – 1,536,499)


Negara Jepun telah berada dalam senarai 10 negara paling bersih di dunia selama bertahun. Kobe, bagaimanapun, adalah bandar paling bersih di Jepun dan juga bandar paling bersih ke-7 di dunia. Sejak sekian lama Negara Jepun banyak mengambil langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kempen penjagaan alam sekitar yang berterusan menambahkan kesedaran di kalangan orang ramai sekaligus   membantu dalam mengurangkan jumlah pencemaran. Kobe juga mempunyai salah satu sistem pengurusan pembuangan sisa yang paling berkesan.

6.  Freiburg,Jerman (Jumlah penduduk – 220,286)

Freiburg, sebuah bandar Jerman, juga dikenali sebagai Bandar Bunga. Ia juga merupakan salah satu bandar yang paling hijau di dunia. Bandar ini penuh dengan pokok-pokok dan bukit-bukit yang tersergam indah. Perumahan mesra alam, jalan raya tanpa kereta dan penduduk yang bertanggung jawab  menjadikan Freiburgcontoh kemampanan sebuah bandar.Semua ini membuat Freiburg salah satu bandar paling bersih di dunia 2015.

5. Singapura (Jumlah penduduk – 5,469,700)

Singapura dianggap sebagai bandar paling bersih di Asia. Ia juga adalah di tengah-tengah senarai sepuluh bandar paling bersih di dunia pada tahun 2015. Republik Singapura mempunyai undang undang  yang ketat untuk kebersihan dan alam sekitar. Tiada siapa yang dibenarkan untuk mencabut atau menebang sebuah pokok tanpa kebenaran pihak berkuasa. Undang-Undang kebersihan di Singapura adalah begitu ketat bahawa sehinggakan meludah pun dianggap suatu kesalahan. Dengan kerjasama yang erat antara kerajaan dan rakyat, tidak ada keraguan bahawa Singapura akan kekal salah satu bandar paling bersih di dunia untuk tahun mendatang.

4. Adelaide,Australia (Jumlah penduduk – 1,304,631) 

Adelaide mempunyai tahap kebersihan yang menyeluruh. Bandar yang terletak di selatan Australia dikelilingi oleh teluk St Vincent dan banjaran gunung yang tinggi yang menambahkan keindahan alam semula jadi di bandar ini. Di Adelaide, hanya kereta tanpa asap yang dibenarkan. Taman-taman dibina setiap beberapa meter dan tiada siapa yang dibenarkan untuk membuang sesuatu di jalan raya. Dengan sistem pendidikan yang maju, penduduk di Adelaide mempunyai rasa kesedaran yan tinggi daripada berbanding  penduduk lain di dunia dalam soal menjaga bandar mereka supaya sentiasa bersih.

3. Luxembourg (Jumlah penduduk – 107,247)

Terletak di Eropah Barat, Luxembourg adalah bandar paling bersih ke-3 di dunia pada tahun 2015. Grand Duchy of Luxembourg dianggap sebagai salah satu daripada negara paling bersih di dunia. Terdapat pelbagai jenis istana dan hutan di bandar Luxembourg. Ia juga dikenali sebagai Pusat Hijau Eropah. Salah satu amalan yang digunakan di bandar ini untuk memastikan kebersihan terjaga adalah dengan mencukai kenderaan berdasarkan kepada jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan daripadanya.

2. Zurich,Switzerland (Jumlah penduduk – 390,474)


Zurich adalah sebuah bandar yang sangat cantik dan bersih. Ia adalah hab pusat pelancongan di Switzerland dan tumpuan  pelancong dari seluruh dunia setiap tahun. Walaupun begitu banyak tekanan dan jumlah penduduk yang ramai, Zurich tetap kekal bandar kedua terbersih di dunia. Sistem kitar semula di Switzerland  bukan sahaja mendidik orang ramai tentang bagaimana  mengitar semula dengan betul tetapi juga mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan produk-produk kitar semula dengan cekap untuk mengurangkan penggunaan tenaga di bandar ini.

1. Calgary,Canada (Jumlah penduduk – 1,096,833) 


Calgary dinobatkan sebanyak 5 kali sepanjang tujuh tahun lepas sebagai bandar paling bersih di dunia. Ia juga mendahului senarai 10 bandar paling bersih di dunia pada tahun 2015. Walaupun mempunyai penduduk seramai lebih 1 juta tetapi kerajaan sering mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa bandar itu sentiasa kemas dan bersih. Terletak di Alberta, Kanada, penduduk Calgary diajar 5 prinsip asas untuk mengikuti untuk membuat persekitaran yang lebih bersih dan sihat. 5 prinsip tersebut adalah Kualiti Sistem Kumbahan , Keboleh-gunaan dan Ketersediaan  Air, Pembuangan Sisa dan Kitar Semula, Kesesakan Lalu Lintas, dan Pencemaran Udara. Dengan kecekapan sistem dalam mendidik orang ramai dan menyebar kesedaran tentang alam sekitar, Calgary sememangnya layak untuk berada kedudukan pertama dari sepuluh bandar paling bersih di dunia 2015.


Thanks for reading 10 Bandar Terbersih Di Dunia

Postingan terkait: